Manage PermissionsManage Permissions

Umat Islam Indonesia sambut Aidilfitri Ahad ini

22/05/2020



JAKARTA, 22 Mei -- Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini (24 Mei).

 

Menteri Agama Indonesia Facrul Razi berkata tarikh 1 Syawal 1441H itu dicapai menerusi persidangan isbat (penentuan hari raya) yang berlangsung petang tadi.

 

Persidangan isbat menerusi persidangan video itu disertai antaranya tokoh-tokoh dan pemimpin organisasi Islam di Indonesia serta pakar falak dan astronomi.

 

Sambutan Aidilfitri adalah perayaan terbesar di Indonesia yang mempunyai lebih 280 juta penduduk dengan lebih 85 peratus beragama Islam.

 

Berikutan pandemik COVID-19, pemerintah Indonesia melaksanakan pembatasan sosial berskala besar sejak Mac lepas yang antaranya melarang pelaksanaan ibadat solat berjemaah di masjid termasuk menunaikan solat Aidilfitri, balik kampung, rumah terbuka dan aktiviti kunjung-mengunjung. - ©BERNAMA


Attachments