Manage PermissionsManage Permissions

Maghribi: warga Nigeria ditahan bersama kapsul kokain dalam perut

03/12/2019





RABAT, 3 Dis (Bernama) -- Sebanyak 94 kapsul mengandungi kokain seberat 1.73 kilogram ditemui dalam perut seorang warga Nigeria yang ditahan di sebuah lapangan terbang di Casablanca, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan polis Maghribi pada Isnin.

 


Warga Nigeria berusia 44 tahun yang dalam perjalanan dari Sao Paulo, Brazil itu ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Casablanca Mohammed V pada 25 November.

 


Kokain itu dikeluarkan selepas suspek dibawa ke Hospital Universiti Ibn Rochd, di mana dia ditahan beberapa hari untuk pemerhatian.

 


Suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

 


Menurut statistik rasmi, polis Maghribi telah merampas 1.65 tan kokain pada 2018 berbanding 2.8 tan pada 2017.

-- BERNAMA


Attachments