Manage PermissionsManage Permissions

Sidang Kemuncak EU-China dijadual pada September ditangguhkan

04/06/2020

BERLIN, 4 Jun. - Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah (EU)-China, yang dijadual pada 14 September di Leipzig, Jerman ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Sputnik.

 

Perkara itu dipersetujui hasil perbincangan menerusi telefon antara Canselor Jerman Angela Merkel dengan Presiden Xi Jinping dan Presiden Majlis Eropah Charles Michel.

 

"Sidang kemuncak EU-China dijadual pada 14 September 2020 di Leipzig dan kedua-dua pemimpin bersetuju ia tidak dapat diadakan kerana COVID-19, tetapi akan diadakan kemudian," kata jurucakap kerajaan Jerman Steffen Seibert.

 

Beliau berkata perincian lanjut mengenai sidang kemuncak itu akan dipersetujui dalam masa terdekat.

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac.

 

Menurut WHO, jumlah korban di seluruh dunia sudah melebihi 379,000 orang, dengan jumlah kes melepasi 6.2 juta. - ©BERNAMA


Attachments