Manage PermissionsManage Permissions

Kes positif COVID-19 di Indonesia kini 28,818, kematian 1,721

04/06/2020

JAKARTA, 4 Jun. - Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 28,818 kes, dengan kematian kini berjumlah 1,721 orang. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 585 tambahan kes positif baharu dicatatkan, manakala sebanyak 23 lagi kematian berlaku dalam tempoh berkenaan.

 

"Seramai 13,416 orang pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

 

Menurut beliau bagi tempoh berkenaan juga, 486 orang pesakit telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh dari virus itu kini berjumlah 8,892 orang. - ©BERNAMA


Attachments