Manage PermissionsManage Permissions

Bekas presiden Ecuador ditahan kerana rasuah

04/06/2020

BUENOS AIRES, 4 Jun. - Bekas Presiden Ecuador Abdala Bucaram ditahan pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pembelian bekalan perubatan, di tengah-tengah penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu. Polis menemukan senjata api dan bekalan perubatan termasuk 5,000 pelitup muka dan 2,000 kit ujian COVID-19, ketika menyerbu kediaman Bucaram. Beliau turut ditahan atas kesalahan memiliki senjata api tanpa lesen, menurut pejabat pendakwa raya. Bucaram, menjadi presiden Ecuador pada Ogos 1996 sebelum digulingkan pada Februari 1997 kerana dikatakan mengalami masalah mental. Sebelum ini beliau tinggal di Panama sebagai pelarian politik selama dua dekad, sebelum pulang semula ke Ecuador pada 2017. - ©BERNAMA

Attachments