Manage PermissionsManage Permissions

Mesyuarat OPEC+ dijangka diadakan Jumaat – Sumber

05/06/2020

MOSCOW, 5 Jun. - Mesyuarat OPEC+ mengenai perjanjian pemotongan pengeluaran minyak akan diadakan pada Jumaat (6 Jun), lapor agensi berita Sputnik pada Jumaat.

 

"Secara rasminya mesyuarat akan diadakan esok (6 Jun)," kata sumber yang juga anggota perwakilan mesyuarat itu. Bagaimanapun, jemputan rasmi untuk mesyuarat itu masih belum dihantar kepada perwakilan.

 

Di tengah-tengah penurunan harga minyak yang mendadak dan penyusutan permintaan disebabkan pandemik COVID-19, pada 12 April pakatan itu mencapai persetujuan untuk memotong pengeluaran minyak dalam usaha menstabilkan pasaran.

 

Perjanjian itu membayangkan pemotongan pengeluaran minyak oleh kumpulan OPEC+ sebanyak 9.7 juta biji tong sehari pada Mei dan Jun, iaitu sebanyak 7.7 juta biji tong pada separuh kedua tahun ini dan 5.8 juta tong hingga April 2022.

 

OPEC+ juga dijangka mengadakan mesyuarat pada 9 hingga 10 Jun untuk membincangkan mengenai keadaan pasaran, tetapi kemudian tarikh itu diubah kepada 4 Jun.

 

Pada Rabu, laporan mengatakan perbincangan itu mungkin tidak akan diadakan sehingga masalah dengan beberapa negara mengenai kuota diselesaikan. - ©BERNAMA


Attachments