Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : Masjid di Tunisia dibuka semula

05/06/2020

‚ÄčTUNISIA, 5 Jun. - Tunisia pada Khamis membuka semula masjid selepas ditutup selama hampir tiga bulan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19, lapor agensi berita Anadolu. Sehubungan itu, penduduk dilihat mula menunaikan solat di sebuah masjid di Tunisia dengan mematuhi langkah-langkah pencegahan ditetapkan pihak berkuasa, antaranya memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri. Angka korban COVID-19 di Tunisia kini berjumlah 49 orang dengan 1,087 kes jangkitan. - ¬©BERNAMA

Attachments