Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : Vietnam kekal sifar jangkitan tempatan 50 hari berturut-turut

05/06/2020

​HANOI, 5 Jun. - Vietnam masih berjaya mengekalkan rekod sifar kes jangkitan tempatan untuk tempoh 50 hari berturut-turut, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan COVID-19. Setakat 5 Jun keseluruhan kes kekal sebanyak 328, daripada jumlah itu 188 adalah kes import dan yang dikuarantin sebaik tiba di negara ini, lapor agensi berita Vietnam (VNA). Pada masa ini, 8,143 orang yang mempunyai kontak dengan pesakit atau mengunjungi daerah terjejas wabak, dikuarantin di hospital, pusat khas dan rumah. Seramai 302 orang pesakit sudah disahkan sembuh manakala 26 lagi masih dirawat. - ©BERNAMA

Attachments