Manage PermissionsManage Permissions

Zimbabwe tahan 1,300 orang langgar peraturan sekatan pergerakan, dalam tempoh 24 jam

05/06/2020

ABUJA (Nigeria), 5 Jun -- Pihak berkuasa Zimbabwe menahan seramai 1,312 orang dalam tempoh 24 jam lalu kerana melanggar peraturan bertujuan mencegah penularan COVID-19, lapor agensi berita Anadolu memetik laporan media tempatan pada Khamis.

 

Jurucakap polis, Paul Nyathi berkata, kebanyakan ditahan kerana mengadakan perhimpunan awam dan tidak memakai pelitup muka.

 

"Polis juga sedang mengesan mereka yang melarikan diri dari pusat kuarantin dan yang memasuki negara ini secara haram," lapor akhbar Herald.

 

Setakat ini lebih 52,000 ditahan sejak perintah berkurung di seluruh negara diisytiharkan pada 31 Mac.

Zimbabwe mengesahkan empat kematian COVID-19 manakala jumlah kes 237.

 

Di seluruh dunia wabak itu sudah meragut lebih 391,000 nyawa dengan lebih 6.6 juta kes disahkan. Sementara pesakit yang pulih melebihi 2.8 juta, menurut data Johns Hopkins University. - ©BERNAMA



Attachments