Manage PermissionsManage Permissions

Helikopter M1-17 tentera Indonesia terhempas, empat terbunuh, lima cedera

06/06/2020

JAKARTA, 6 Jun -- Empat anggota tentera Indonesia (TNI) terbunuh, selepas helikopter MI-17 milik TNI, terhempas di Kaliwungu, Kecamatan Kendal, di Jawa Tengah.

 

Dalam kejadian 1.40 petang tadi itu, helikopter berkenaan dinaiki sembilan anggota TNI, dalam misi latihan penerbangan.

 

"Lima lagi cedera dalam kejadian itu," kata Ketua Penerangan TNI Brig Jeneral Nefra Firdaus, dalam satu kenyataan hari ini.

 

Punca kejadian nahas helikopter buatan Russia itu, masih dalam siasatan. - ©BERNAMA


Attachments