Manage PermissionsManage Permissions

Satu blok bangunan kayu sekolah musnah dalam kebakaran

28/06/2020

TAWAU, 28 Jun. - Sebuah blok bangunan kayu Sekolah Kebangsaan Sungai Hj Matahir, Jalan Merotai, musnah dalam kebakaran petang tadi. Kebakaran yang bermula pada kira-kira pukul 2.10 petang itu memusnahkan tujuh pintu bilik, membabitkan pejabat guru, stor, bilik komputer termasuk bilik darjah, dan tiada kecederaan dilaporkan.

 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Syed Salipudin Habib Taha dalam satu kenyataan berkata satu pasukan 14 orang anggota dan pegawai bersama empat buah jentera bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.19 petang.

 

Katanya ketika pasukan bomba tiba di lokasi yang terletak kira-kira 22 kilometer dari balai Tawau, blok bangunan sekolah itu didapati telah musnah dijilat api, dan pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada jam 3.10 petang. Beliau berkata bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain di sekolah dan punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan. - ©BERNAMA


Attachments