Manage PermissionsManage Permissions

Parti pimpinan Macron kalah besar pada pilihan raya perbandaran

29/06/2020

PARIS, 29 Jun. - Parti pemerintah pimpinan Presiden Perancis Emmanuel Macron mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya perbandaran pada Ahad, lapor agensi berita Anadolu.

 

Menurut tinjauan, parti Republic on the Move (LREM) tewas di kebanyakan bandar-bandar utama, sementara parti Eropah Ecology-the Green (EELV), menang di Lyon, Bordeaux, Strasbourg, Poitiers, Besancon dan Marseille.

 

Pemilihan pusingan kedua pada awalnya dijadual pada 22 Mac tetapi ditunda kerana wabak COVID-19. Kira-kira 16.5 juta pengundi layak menunaikan tanggungjawab mereka, selepas pilihan raya pusingan pertama gagal menghasilkan keputusan yang diperlukan.

 

Semua pengundi perlu memakai pelitup muka dan membawa pen sendiri. Seramai 34,967 Datuk Bandar serta timbalan dipilih pada pusingan pertama dan kedua.

 

Kira-kira 60 peratus pengundi berkecuali - peratusan terbesar dalam sejarah - pada 2014 hanya 37.87 peratus mengundi berkecuali. Sementara itu, Perdana Menteri Edouard Philippe mengalahkan pencabarnya di Le Havre dengan meraih 58.83 peratus undian. - ©BERNAMA


Attachments