Manage PermissionsManage Permissions

Korea Selatan anjur Festival Lumpur secara dalam talian

29/06/2020

BORYEONG, (Korea Selatan) 29 Jun. - Festival Lumpur Boryeong, antara acara paling popular di Korea Selatan, tahun ini akan diadakan secara dalam talian disebabkan COVID-19, lapor agensi berita Yonhap.

 

Pihak penganjur berkata acara dijadual pada 17-26 Julai, diadakan secara maya, beberapa skrin besar akan dipasang di bandar-bandar utama, menayangkan aktiviti festival dan bekerjasama dengan YouTubers untuk acara sembang langsung.

 

Festival tahunan yang kebiasaannya diadakan di bandar pesisir Boryeong di wilayah selatan Chungcheong, menyaksikan pelbagai aktiviti bermain lumpur diadakan termasuk gusti. Penganjur juga merancang mengedarkan 1,000 set kit "pengalaman lumpur" bagi membolehkan peserta merasai seolah-olah berada di lokasi festival.

 

Acara itu diadakan sejak 1998 untuk mempromosikan sumber alam semula jadi dalam kalangan pelancong antarabangsa. Tahun lalu, lebih 1.8 juta pengunjung menghadiri acara itu. - ©BERNAMA


Attachments