Manage PermissionsManage Permissions

Seoul perluas hubungan dengan Beijing, Tokyo dalam bidang perkapalan

29/06/2020

SEOUL, 29 Jun. - Korea Selatan akan meningkatkan hubungan dengan China dan Jepun dalam bidang perkapalan, sebagai langkah mengatasi kesan wabak COVID-19, dengan menggunakan teknologi pintar serta kerjasama tanpa hubung, lapor agensi berita Yonhap.

 

"Korea Selatan, China dan Jepun menikmati pertumbuhan ekonomi melalui pengkhususan dan kerjasama yang dihubungkan menerusi pengangkutan laut," kata Menteri Laut dan Perikanan Moon Seong-hyeok dalam satu kenyataan.

 

"Ketiga-tiga negara akan terus meningkatkan usaha untuk mengatasi pandemik COVID-19 dan memelihara aliran logistik di perairan," tambahnya.

 

Korea Selatan juga berhasrat menjalin hubungan lebih kukuh dengan Beijing dan Tokyo menerusi penggunaan teknologi pintar untuk pemeriksaan kapal sambil meminimumkan aktiviti bersemuka selain mempromosikan penggunaan kapal pemanduan sendiri.

 

Awal bulan ini, Seoul mengumumkan peruntukan 160 milion won (US$133 juta) untuk membangunkan kapal pemanduan sendiri dengan jumlah kelasi yang minimum, menjelang tahun 2025.

 

Kementerian itu juga merancang meminta China dan Jepun memberi diskaun kos pelabuhan untuk menyokong pengusaha feri penumpang di Timur Laut Asia yang berdepan masalah akibat pandemik. - ©BERNAMA


Attachments