Manage PermissionsManage Permissions

Dewan Negeri Mississippi lulus rang undang-undang hapus lambang konfederasi pada bendera

29/06/2020

WASHINGTON, 29 Jun -- Dewan Negeri Mississippi pada Ahad meluluskan rang undang-undang untuk hapuskan lambang konfederasi yang terdapat pada bendera negeri ini, lapor agensi berita Xinhua, memetik media tempatan.

 

Rang undang-undang itu diluluskan dengan menerima 91 undi menyokong berbalas 23, ia kemudian dihantar kepada Senat negeri untuk diluluskan.

 

Gabenor Tate Reeves berkata beliau akan menandatangani rang undang-undang itu jika ia diluluskan.

Sebuah suruhanjaya akan membuat rekaan baharu dan akan didedahkan kepada umum pada November untuk diundi.

 

Simbol konfederasi menerima kecaman kerana dianggap membawa maksud perkauman.

 

Bendera negeri itu mula digunakan pada 1894, hampir 30 tahun selepas berakhirnya Perang Saudara, Mississippi negeri terakhir yang masih menggunakan lambang itu.

 

Langkah berkenaan diambil beberapa minggu selepas tunjuk perasaan faham antirasis, berikutan kematian lelaki kulit hitam George Floyd ketika ditahan polis pada 25 Mei lalu.

 

Orang Afrika Amerika merangkumi 38 peratus populasi Mississippi. - ©BERNAMA


Attachments