Manage PermissionsManage Permissions

Kedutaan Colombia anjur perbincangan mengenai kepelbagaian biologi

30/06/2020


KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut 5 Jun setiap tahun, kedutaan Colombia di luar negara bersama-sama mengadakan perbincangan maya mengenai dokumentari bertajuk 'Tacarcuna'.

 

Pertama kali diadakan, perbincangan kepelbagaian biologi itu membabitkan kedutaan Colombia di Jepun, Malaysia, Singapura dan Korea Selatan.

 

Perbincangan hari ini turut melibatkan ahli biologi terkenal Dr Brigitte Baptiste.

 

'Tacarcuna' sebuah dokumentari mengenai gunung antara sempadan Colombia dan Panama, yang merupakan satu wilayah paling terkenal dan terancam di dunia.

 

Colombia disenaraikan sebagai antara negara "megadiverse" di dunia, menduduki tempat pertama dalam kepelbagaian spesies burung dan orkid serta di kedudukan kedua dalam kepelbagaian tumbuhan, rama-rama, ikan air tawar dan amfibia. - ©BERNAMA



Attachments