Manage PermissionsManage Permissions

Jumlah pengangguran di Jepun meningkat pada Mei

30/06/2020


TOKYO, 30 Jun -- Jumlah pengangguran di Jepun meningkat pada  Mei berbanding bulan sebelumnya, ketika pandemik COVID-19 menyebabkan banyak syarikat memberhentikan kakitangan mereka, lapor agensi berita Xinhua.

 

Menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi pada Selasa, kadar pengangguran meningkat 2.9 peratus berbanding 2.6 peratus sebelum ini.

 

Sementara itu, Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan berkata nisbah jumlah pekerjaan pada Mei ialah 1.20 berbanding 1.32 pada April, terendah sejak Julai 2015.

 

Nisbahnya bersamaan 120 peluang pekerjaan untuk setiap 100 orang yang mencari kerja. - BERNAMA



Attachments