Manage PermissionsManage Permissions

Liputan 5G di Korea Selatan hanya 15 peratus

30/06/2020


SEOUL, 30 Jun -- Penggunaan perkhidmatan rangkaian 5G dalam kalangan pengguna telefon pintar di Korea Selatan hanya sekitar 15 peratus, jauh lebih rendah berbanding yang dijangkakan, lapor agensi berita Yonhap.

 

Korea Selatan, negara pertama di dunia yang melancarkan rangkaian mudah alih 5G secara komersial pada April tahun lalu, kini menawarkan perkhidmatan itu dalam mod 'non-standalone', diupayakan menerusi rangkaian 4G LTE.

 

Pada masa ini, rangkaian 5G terhad di bandar-bandar utama, seperti Seoul.

 

Pengguna SK Telecom Co., syarikat mudah alih terbesar, menghabiskan hanya 15.4 peratus masa menggunakan rangkaian 5G, diikuti pelanggan LG Uplus Corp (15.1 peratus) dan KT Corp (12.5 peratus).

 

Korea Selatan agresif untuk memperluas rangkaian 5G, dengan jumlah pelaburan oleh tiga syarikat bernilai 4 trilion won (US$3.3 bilion) pada separuh pertama tahun ini.

 

Namun, liputan 5G masih terhad hingga menimbulkan rungutan pengguna. Justeru, kerajaan merancang membina sekitar 2,000 stesen pangkalan 5G, tahun ini.

 

Korea Selatan mensasarkan seluruh negara mempunyai liputan 5G menjelang 2022.

 

Penganalisis meramalkan jumlah pelanggan 5G di negara ini mencecah 10 juta menjelang akhir tahun ini. - ©BERNAMA



Attachments