Manage PermissionsManage Permissions

Kiswah baharu Kaabah dipasang pada Rabu

30/07/2020

MAKKAH, 30 Julai. - Kiswah Kaabah diganti pada Rabu malam dan proses itu dikendalikan oleh staf Presiden Umum untuk hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sesuai dengan tradisi tahunan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

 

Timbalan Ketua Presiden Umum untuk hal ehwal Masjidil Haram, Ahmed bin Mohammed Al-Mansouri, dalam satu kenyataan berkata Kaabah telah dipasang dengan Kiswah baharu atau kelambu khas.

 

Kiswah diperbuat daripada 670 kilogram (kg) sutera berkualiti tinggi, 120 kg benang emas dan 100 kg benang perak.

 

Sebanyak 200 pekerja mahir terlibat dalam pembuatan kiswah itu di Kompleks Raja Abdul Aziz, kata Al-Mansouri. - ©BERNAMA

 


Attachments