Manage PermissionsManage Permissions

Kes COVID-19 di seluruh dunia kini cecah 17 juta

30/07/2020

ISTANBUL, 30 Julai. - Kes COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 17 juta pada Khamis, lapor agensi berita Anadolu berdasarkan data Johns Hopkins University.

 

Jumlah korban pula mencecah 667,084, dengan kes pulih sebanyak 9.95 juta.

 

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk diancam dengan lebih 4.4 juta jangkitan, sementara jumlah kematian melebihi 150,700 orang.

 

Brazil, mempunyai kes jangkitan dan kematian terbanyak di Amerika Latin. Negara ini juga merekodkan kes jangkitan kedua tertinggi di dunia iaitu lebih 2.5 juta.

 

India, Rusia, Afrika Selatan, Mexico antara negara paling teruk terjejas.

 

China, negara pertama menularnya wabak COVID-19, mencatatkan 87,213 kes setakat ini, termasuk 4,658 kematian dan 80,594 pesakit sembuh.

 

Virus maut itu sudah merebak ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah sejak akhir tahun lalu. - ©BERNAMA


Attachments