Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19: catat 13 lagi kematian, negeri Victoria di Australia berdepan "tugas getir"

30/07/2020

CANBERRA, 30 Julai. - Australia mencatat peningkatan kes COVID-19 terbesar pada Khamis menjadikan negeri yang paling teruk dilanda bakal berdepan "tugas yang getir", lapor agensi berita Xinhua.

 

Pada Khamis petang, terdapat 16,303 kes COVID-19 disahkan di Australia dan 747 kes baharu dalam masa 24 jam lalu, disifatkan satu catatan rekod baharu yang "malang", menurut pemangku ketua pegawai perubatan Australia, Paul Kelly.

 

Terdapat 13 kematian baharu - menjadikan jumlah keseluruhan yang maut sehingga kini seramai 189 orang.

 

Daripada kes baharu itu, Victoria mengesahkan 723, satu rekod yang dicatatkan oleh negeri atau wilayah di Australia dalam sehari.


Kesemua 13 kematian yang berlaku di Victoria, 10 daripadanya berkaitan dengan kluster pusat penjagaan orang tua.

 

Menteri Kesihatan Greg Hunt pada Khamis berkata pihak berkuasa Victoria berdepan tugas mencabar untuk membendung penularan virus.

 

Pasukan Bantuan Perubatan Australia (AUSMAT), tiba di Victoria baru-baru ini untuk membantu usaha pencegahan. - ©BERNAMA


Attachments