Manage PermissionsManage Permissions

PM Singapura ucap Selamat Aidiladha kepada semua umat Islam

31/07/2020




SINGAPURA, 31 Julai. - Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidiladha' kepada masyarakat Islam di republik itu.

 

Beliau berkata seperti sambutan Aidilfitri dan Ramadan yang berbeza tahun ini, penyesuaian juga perlu dibuat bagi sambutan Aidiladha.

 

''Umat Islam terpaksa menangguhkan ibadah haji dan ibadah korban pula dilaksanakan di luar negara dan bukannya di masjid tempatan seperti kebiasaannya.

 

''Namun begitu, semangat Aidiladha tetap teguh dan masjid-masjid mengadakan solat Aidiladha secara berjemaah pagi ini,'' katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.

 

Beliau berkata satu hari nanti, pandemik COVID-19 akan berlalu, namun masyarakat perlu meneruskan amalan baik dengan menjaga kebersihan diri dan penjarakan fizikal demi keselamatan dan kesejahteraan semua. - ©BERNAMA




Attachments