Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : Singapura catat 307 kes baharu, hanya satu dalam komuniti

01/08/2020



SINGAPURA, 1 Ogos - Singapura mengesahkan sejumlah 307 tambahan jangkitan COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 52,512 kes. Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam data ringkasnya yang dikeluarkan pada tengah hari di sini menyebut bahawa majoriti kes adalah terdiri daripada pekerja asing yang tinggal di asrama. Berdasarkan siasatannya setakat ini, kementerian itu berkata hanya terdapat satu kes dalam komuniti yang melibatkan rakyat Singapura. Selain itu, MOH berkata terdapat lima kes import yang diletakkan di bawah Notis Duduk Di Rumah sejurus ketibaan mereka di Singapura. Dalam data penuh yang dikeluarkan semalam, Singapura mengklasifikasikan sejumlah 699 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,179 sebagai kes komuniti dan 49,327 sebagai kes membabitkan penghuni asrama.

 

Setakat tengah hari semalam, sejumlah 46,491 atau kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan coronavirus dan didiscaj dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti. Terdapat 136 kes disahkan yang masih berada di hospital. Daripada jumlah ini, kebanyakannya adalah sambil atau semakin pulih dan tidak ada pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi. Sejumlah 5,551 pesakit dengan gejala ringan atau sihat secara klinikal namun diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti. Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi selepas dijangkiti COVID-19 di Singapura. Tidak ada kluster baharu dikenal pasti semalam. - ©BERNAMA




Attachments