Manage PermissionsManage Permissions

F1 : Hamilton menang perlumbaan di litar Tuscan, Itali

14/09/2020





ISTANBUL, 14 Sept. - Pemandu pasukan Mercedes, Lewis Hamilton memenangi perlumbaan kesembilan Formula Satu (F1) 2020 di litar Tuscan, Itali, lapor Agensi Anadolu.

 

Rakan sepasukan Valtteri Bottas dari Finland di tempat kedua dengan ketinggalan 4.8 saat di belakang pemandu berasal dari Britain itu.

 

Pemandu Thailand Alexander Albon dari Red Bull Racing Honda, menduduki tempat ketiga dengan lapan saat di belakang pendahulu.

 

Perlumbaan kali ini menyaksikan dua kemalangan berlaku.

 

Pelumba Max Buller dari pasukan Honda Red Verstappen, Pierre Gasly (Scuderia Alpha Tauri), Antonio Giovinazzi (Alfa Romeo), Williams Nicholas Latifi, Kevin Magnussen (Haas), Carlos Sainz (McLaren) dan Lance Stroll (Racing Point) terpaksa keluar daripada perlumbaan selepas terbabit dalam kemalangan.

 

Sementara pemandu Renault, Esteban Ocon, gagal menamatkan perlumbaan apabila keretanya mengalami kerosakan teknikal, manakala 12 pemandu lain berjaya ke garisan penamat.

 

Perlumbaan berikutnya dijadual pada 27 September di Rusia. - ©BERNAMA




Attachments