Manage PermissionsManage Permissions

Dominic Thiem muncul juara perseorangan lelaki Tenis Terbuka AS 2020

14/09/2020





ISTANBUL, 14 Sept. - Dominic Thiem pada Ahad berjaya merangkul gelaran perseorangan lelaki Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2020 di New York, apabila menundukkan Alexander Zverev pada gelanggang akhir, lapor Agensi Anadolu.

 

Pemain tenis Austria itu bangkit selepas ketinggalan dua set untuk menjinakkan lawannya dari Jerman dengan 2-6, 4-6, 6-4, 6-3, 7-6 (8-6) di Stadium Arthur Ashe.

 

Berusia 27 tahun itu, Thiem muncul rakyat Austria kedua memenangi gelaran Grand Slam.

 

Rakan senegaranya, Thomas Muster pernah menjuarai Terbuka Perancis 1995 di Stade Roland-Garros di Paris.

 

Thiem membawa pulang trofi kejuaraan dan wang tunai US$3 juta, sementara naib juara Zverev memperoleh US$1.5 juta. - ©BERNAMA




Attachments