Manage PermissionsManage Permissions

Salah guna kuasa, pendakwa Korea Selatan serbu Kementerian Pertahanan

15/09/2020





SEOUL, 15 Sept. - Pihak pendakwa Korea Selatan pada Selasa menyerbu Kementerian Pertahanan susulan tuduhan Menteri Kehakiman Choo Mi-ae menggunakan pengaruhnya bagi mendapatkan cuti panjang untuk anaknya semasa menjalani khidmat tentera wajib pada 2017, lapor Agensi Berita Yonhap.

 

Choo didakwa menggunakan pengaruhnya sebagai ketua Parti Demokrat ketika itu, bagi mendapatkan cuti panjang untuk anaknya selepas menjalani pembedahan lutut. Anaknya diberi empat hari cuti tambahan selepas cuti sakitnya selama 19 hari berakhir dan perlu menyertai semula latihan ketenteraan itu.

 

Serbuan itu bagi membolehkan pihak pendakwa mendapatkan bukti daripada rekod pelayan komputer di kementerian berkenaan. Menurut sumber ketenteraan, pelayan itu menyimpan rakaman semua panggilan yang dibuat pejabat itu sejak 2015. - ©BERNAMA




Attachments