Manage PermissionsManage Permissions

Korea Selatan labur US$2.3 Bilion bangunkan dron untuk kegunaan tentera

15/09/2020





SEOUL, 15 Sept. - Korea Selatan merancang melabur 2.7 trilion won (US$2.3 bilion) dalam tempoh 10 tahun akan datang untuk membangunkan dron bagi kegunaan ketenteraan.

 

Di bawah rancangan itu, Korea Selatan akan menghasilkan pelbagai jenis dron untuk tujuan menjalankan misi, lapor agensi berita Yonhap pada Selasa memetik Program Pentadbiran Pemerolehan Pertahanan.

 

Eksperimen pertempuran sedang dijalankan dengan pelancar senapang dan bom tangan yang dipasang pada dron, katanya. Agensi itu akan menyelesaikan teknologi yang diperlukan untuk pembangunan dron itu pada 2022. Pembangunan sebenar sistem dijangka mengambil masa empat tahun, kata pegawai. - ©BERNAMA




Attachments