Manage PermissionsManage Permissions

Korea Selatan, AS pantau Pyongyang menjelang Sambutan Ulang Tahun Parti Pekerja

15/09/2020





SEOUL, 15 Sept. - Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memantau rapat situasi di Korea Utara menjelang ulang tahun penubuhan Parti Pekerja yang berkuasa di negara itu, bulan depan.

 

Korea Utara sudah membuat persiapan untuk mengadakan perarakan tentera berskala besar sempena memperingati ulang tahun ke-75 penubuhan parti itu pada 10 Oktober.

 

Situasi itu menimbulkan spekulasi, Korea Utara mungkin menjadikan acara berkenaan untuk mempamerkan senjata baharu mereka, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pegawai pada Selasa. "Pihak berkuasa Korea Selatan dan AS sedang memantau keadaan itu," kata jurucakap Ketua Turus Bersama Kolonel Kim Jun-rak dalam taklimat media namun, enggan mengulas lanjut.

 

Calon Menteri Pertahanan, Jeneral Suh Wook pada Isnin berkata setakat ini Korea Utara tidak menunjukkan sebarang persediaan untuk melancarkan peluru berpandu balistik kapal selam (SLBM) dalam waktu terdekat. - ©BERNAMA




Attachments