Manage PermissionsManage Permissions

9 mangsa banjir di Kapit, Song dipindahkan ke PPS

16/09/2020





KUCHING, 16 Sept - Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masing-masingnya di daerah Kapit dan Song dibuka hari ini untuk menempatkan 59 mangsa banjir.

 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata seramai 43 orang mangsa banjir di daerah Kapit dipindahkan ke PPS di Stadium Kapit.

 

"Mereka adalah sebahagian daripada 84 mangsa daripada 25 keluarga yang terjejas akibat banjir yang melanda daerah Kapit sejak beberapa hari lalu," katanya ketika dihubungi di sini.

 

Sementara itu, katanya, di daerah Song, 16 mangsa dari Rumah Kulleh dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Nanga Embuau.

 

Jumlah keseluruhan mangsa terjejas akibat banjir di daerah Song adalah 44 orang dari 15 keluarga. - ©BERNAMA 




Attachments