Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : Singapura catat 27 kes baru, jumlah keseluruhan kini 57,515

16/09/2020






SINGAPURA, 16 Sept - Singapura melaporkan 27 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu kepada 57,515.

 

"Berdasarkan kepada siasatan kami setakat ini, terdapat dua kes dalam komuniti, kedua-duanya merupakan pemegang pas kerja," menurut Kementerian Kesihatan republik itu dalam data ringkas yang dikeluarkan hari ini.

 

Terdapat dua kes import yang telah diberikan Notis Duduk di Rumah sebaik sahaja tiba di Singapura.

Menurut kementerian itu, maklumat terperinci kes sedang diusahakan dan perkembangan terkini mengenainya akan diumumkan kelak.

 

Dalam data lengkap yang dikeluarkan pada Selasa, kementerian itu telah mengklasifikasikan 1,002 daripada kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,238 kes komuniti dan 54,248 melibatkan penghuni asrama.

 

Menurut kementerian itu lagi, 56,884 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan rawatan komuniti. 

 

Setakat 12 tengah hari semalam, 51 kes disahkan masih dirawat di hospital, namun tiada pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi.

 

Sementara itu, 526 pesakit yang bergejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

 

Republik itu mencatatkan 27 kematian akibat komplikasi COVID-19 setakat ini.

 

Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam. - ©BERNAMA




Attachments