Manage PermissionsManage Permissions

Menteri Luar Azebaijan, Rusia adakan perbincangan

15/10/2020





BAKU, 15 Okt - Menteri Luar Azerbaijan Jeyhun Bayramov dan rakan sejawatannya dari Rusia Sergey Lavnrov mengadakan perbincangan menerusi telefon atas inisiatif Azerbaijan, lapor Agensi Berita Azerbaijan (Azertec).

 

Bayramov memaklumkan mengenai ketegangan terkini yang berlaku di rantau itu. Menurutnya pada 14 Oktober kira-kira 1 pagi dan 8 pagi tentera Armenia mengaktifkan sistem peluru berpandu mereka di kawasan bersempadan dengan wilayah Kalbajar, Azerbaijan dan bersedia untuk melancarkannya.

 

Tentera Azerbaijan berjaya memintas sistem peluru berpandu itu.

 

Bayramov berkata tindakan tentera Azerbaijan untuk mempertahankan diri dan melindungi penduduk awam.

Menurut laporan itu, Bayramov menegaskan kepemimpinan politik dan tentera Armenia bertanggungjawab sepenuhnya atas peningkatan ketegangan di rantau berkenaan.

 

Sementara itu, Lavrov bimbang dengan korban melibatkan orang awam dan menekankan pentingnya menghormati gencatan senjata yang dipersetujui di Moscow sebelum ini. - ©BERNAMA




Attachments