Manage PermissionsManage Permissions

Masyarakat serantau, antarabangsa perlu bekerjasama capai kedamaian di Nagorno - Karabakh – Iran

16/10/2020

TEHRAN, 16 okt. - Iran sedia membantu proses damai dan penyelesaian konflik di wilayah Nagorno-Karabakh menerusi hubungan erat dengan masyarakat serantau dan antarabangsa, lapor agensi berita Xinhua, memetik Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif pada Khamis.

 

Rangka kerja untuk melaksanakan proses perdamaian dapat menyatukan Iran, Turki, Rusia, dan Kumpulan Minks, Zarif membuat kenyataan itu dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Azerbaijan, Jeyhun Bayramov pada Khamis, lapor agensi berita rasmi IRNA.

 

Pada 5 Oktober, Jurucakap Kementerian Luar Iran Saeed Khatibzadeh mengatakan Iran telah menyiapkan rancangan untuk membantu menyelesaikan konflik bersenjata antara Armenia dan Azerbaijan di wilayah Nagorno-Karabakh.

 

Khatibzadeh mengatakan tiada penyelesaian ketenteraan untuk perbalahan selama beberapa dekad antara Baku dan Yerevan mengenai Nagorno-Karabakh. - ©BERNAMA


Attachments