Manage PermissionsManage Permissions

PM Jepun Suga dijadual lawat Vietnam

16/10/2020

TOKYO, 16 Okt. - Lawatan Perdana Menteri Jepun, Suga Yoshihide, ke Vietnam nanti bakal melakar sejarah tersendiri dan diharap dapat menyumbang kepada meningkatkan lagi hubungan kedua-dua negara pada masa depan, kata Gabenor wilayah Kanagawa, Yuji Kuroiwa.

 

Gabenor itu berkata demikian kepada wartawan selepas bersama Duta Besar Vietnam, Vu Hong Nam melakukan kunjungan ke atas Suga pada Khamis.

 

Menurutnya, Suga tidak sabar untuk mengunjungi Vietnam dan sangat menghargai peranan penting Hanoi dalam ASEAN, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) pada Jumaat.

 

Suga dijadual melawat Vietnam dan Indonesia dari 18 hingga 21 Oktober. Ini adalah lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang jawatan itu pada pertengahan September. - ©BERNAMA


Attachments