Manage PermissionsManage Permissions

India beri kapal selam kepada Myammar

16/10/2020

NEW DELHI, 16 Okt - India akan menghantar kapal selam terpakai kepada Tentera Laut Myanmar memandangkan kedua-dua negara sedang membina hubungan ketenteraan yang lebih kukuh.

 

"Kerjasama dalam bidang maritim merupakan sebahagian aspek dalam hubungan dengan Myanmar. Dalam konteks ini, India akan menghantar kapal selam INS Sindhuvir," kata jurucakap Kementerian Luar India Anurag Srivastava pada Khamis.

 

"Kami difahamkan kapal itu akan menjadi kapal selam pertama tentera laut Myanmar," katanya.

 

Awal bulan ini Ketua Angkatan Tentera India Jeneral Manoj Mukund Naravane dan Setiausaha Luar Negeri Harsh Vardhan Shringla melawat Myanmar dan mengadakan perbincangan dengan pegawai tertinggi tentera serta politik.

Perbincangan antara lain mengenai memperluas pertukaran pertahanan dua hala. - ©BERNAMA


Attachments