Manage PermissionsManage Permissions

Penjanaan kuasa loji 3 gaung Sungai Yangtze pecah rekod dunia

19/11/2020

BEIJING, 19 Nov. - Penjanaan kuasa elektrik mesra alam yang dihasilkan Loji Hidroelektrik Tiga Gaung Sungai Yangtze mencecah 103.1 bilion kilowatt-jam (K/WH). Rekod baharu itu sekali gus memecah rekod dunia dipegang stesen tenaga hidro iTap dari Amerika Selatan pada 2016.

 

Menurut statistik, penghasilan tenaga elektrik mesra alam 103.1 bilion K/WH itu berjaya menjimatkan penggunaan sebanyak 31.71 juta tan batu arang, selain mengurangkan pelepasan karbon dioksida berjumlah 86.71 juta tan dan 20.6 ribu tan sulfur dioksida.

 

Difahamkan logi hidroelektrik itu juga membolehkan China membina sistem sumber tenaga rendah karbon dengan tahap efisien yang tinggi.

 

Untuk rekod, 103.1 bilion KW/H turut menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China sebanyak RMB1.42 trilion, selain membantu usaha pemulihan wabak dan ekonomi. - ©BERNAMA


Attachments