Manage PermissionsManage Permissions

Samoa lapor kes pertama COVID-19

19/11/2020

MOSCOW, 19 Nov. - Samoa mendaftarkan kes pertama COVID-19 membabitkan seorang kelasi yang diuji positif virus itu ketika di pusat kuarantin, lapor agensi berita Sputnik.

 

Menurut The Samoa Observer, memetik Perdana Menteri, Tuilaepa Sailele Malielegaoi, kelasi itu tiba dari Auckland pada Jumaat lalu dan didapati positif selepas menjalani ujian saringan.

 

Perdana menteri mengatakan ujian saringan kedua didapati negative. Malielegaoi berkata, pesakit itu kini berada di hospital. Setakat ini, hanya sebilangan negeri pulau seperti Tonga dan Nauru masih bebas daripada COVID-19. - ©BERNAMA


Attachments