Manage PermissionsManage Permissions

Tiga maut dalam runtuhan lombong emas di Kalimantan Tengah, Indonesia

21/11/2020





JAKARTA, 20 Nov. - Tiga pelombong maut apabila sebuah lombong emas haram runtuh pada Khamis di Kalimantan Tengah, Indonesia, lapor agensi berita Xinhua memetik seorang pegawai kanan agensi bencana tempatan pada Jumaat.

 

Tujuh lagi dipercayai masih tertimbus dan peluang untuk mangsa ditemui hidup adalah tipis.

 

Kejadian berlaku ketika 10 pelombong itu sedang bekerja dilombong yang terletak di Sungai Seribu di daerah Kotawaringin Barat, menurut Ketua Jabatan Logistik agensi pengurusan bencana tempatan, Martogi Siahaan.

 

Pasukan penyelamat menemui dua mayat pelombong dan usaha mengesan mangsa yang tertimbus masih dijalankan, kata Siahaan lapor agensi berita Xinhua.

 

Misi mencari dan menyelamat turut membabitkan anggota tentera, petugas agensi bencana dan sukarelawan. Dua lagi pelombong dilaporkan selamat.

 

Kerajaan Indonesia melarang aktiviti perlombongan haram ekoran banyak kemalangan berlaku yang meragut puluhan nyawa. Aktiviti perlombongan haram menyebabkan berlakunya penebangan hutan yang mencetuskan banjir kilat. - ©BERNAMA




Attachments