Manage PermissionsManage Permissions

Bon China dapat sambutan pelabur antarabangsa

21/11/2020






BEIJING, 20 Nov. - Kementerian Kewangan China menerbitkan bon kerajaan yang bernilai EUR4 bilion (RM19.4 bilion) pada 18 November. Menurut kementerian, ini merupakan tahun kedua China mengedarkan bon kerajaan dalam EUR sejak dipulihkan pada tahun 2019.

 

Pengedaran bon kali ini juga merekodkan kadar bunga paling rendah untuk bon berdaulat China di luar negara.

 

Antara perincian bon itu termasuk terbitan EUR750 juta pada kadar – 0.152peratus untuk lima tahun, terbitan EUR2 bilion pada kadar 0.318 peratus untuk 10 tahun, dan terbitan EUR1.25 bilion pada kadar 0.664 peratus untuk 15 tahun.

 

Dari sudut perakaunan pula, sejumlah besar pelabur antarabangsa dilaporkan aktif terlibat dalam pengedaran kali ini, dengan jumlah tempahan mencatat 4.5 kali ganda berbanding jumlah diedarkan.

 

Sementara itu, kadar pecahan pelabur Eropah meliputi 72 peratus daripada keseluruhan jumlah bon, sekali gus memperlihatkan keyakinan pasaran modal dan pelabur antarabangsa terhadap ekonomi China. - ©BERNAMA




Attachments