Manage PermissionsManage Permissions

Kapal Yuanwang sertai misi baharu persiapan pelancaran kapal angkasa

21/11/2020






BEIJING, 20 Nov. - Yuanwang-3, kapal peninjau laut generasi kedua program angkasa lepas China berlepas dari pelabuhan Pusat Kawalan dan Pencerapan Satelit China pagi semalam untuk misi mengukur dan mengawal satelit dari laut. Operasi kali ini bertujuan menyediakan input sokongan dan membuat persediaan bagi pelancaran modul penjelajah bulan Chang'e-5 pada akhir November nanti.

 

Sejak awal tahun ini, beberapa buah kapal dalam kelas Yuanwang berjaya menjalankan pelbagai operasi mengukur dan mengawal sistem kawalan navigasi satelit Beidou-3, pelancaran modul penyelidik Marikh kali pertama dan misi kapal angkasa pengangkut, roket Long March-5B. Kapal-kapal berkenaan beroperasi di laut selama lebih 900 hari dan belayar sejauh 150 ribu batu nautika.

 

Selain itu, program angkasa lepas China turut mencatat rekod baharu membabitkan jumlah misi dan tempoh masa pelayaran kapal Yuanwang. - ©BERNAMA




Attachments