Manage PermissionsManage Permissions

COVID-19 : Mexico Negara keempat dunia cecah 100,000 kematian

21/11/2020





MEXICO CITY, 20 Nov - Mexico pada Khamis melaporkan jumlah kematian COVID-19 kini mencecah 100,000 orang, menjadi negara keempat di dunia paling teruk diancam selepas Amerika Syarikat, Brazil dan India.

 

"Mexico setakat ini sudah kehilangan 100,000 nyawa akibat COVID-19," kata Timbalan Menteri Kesihatan Hugo Lopez-Gatell kepada wartawan, lapor agensi berita Xinhua.

 

Menurut kementerian, jangkitan terkini berjumlah 1,019,543, meningkat 4,472 berbanding sebelumnya. - ©BERNAMA




Attachments