Manage PermissionsManage Permissions

Dialog interaktif WTO tumpu agenda pembaharuan

21/11/2020

BEIJING,  21 Nov. - Sistem perdagangan antarabangsa yang dibentuk berdasarkan peraturan sedia ada meskipun amat signifikan sehingga sekarang, namun Pertubuhan Perdagangan Sedunia(WTO) masih memerlukan peraturan baharu yang bersesuaian dengan senario semasa.

 

Pendapat itu disuarakan wakil-wakil daripada pelbagai pertubuhan antarabangsa, kerajaan dan perusahaan semasa dialog interaktif peringkat tinggi yang diadakan secara maya sempena ulang tahun ke-25 pertubuhan itu baru-baru ini.

 

Menteri Perdagangan Switzerland Guy Parmelin menegaskan, usaha melawan pandemik COVID-19 memperlihatkan peri pentingnya peranan WTO dan sistem perdagangan pelbagai hala.

 

Peraturan dalam kerangka WTO memberi jaminan keterbukaan pasaran amat diperlukan untuk pemulihan ekonomi yang pantas.

Naib Menteri Perdagangan China Wang Shouwen pula berpendapat, WTO telah memberi sumbangan penting bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan membantu ratusan juta orang keluar daripada belenggu kemiskinan.

 

Meskipun pandemik COVID-19 melanda hampir semua negara di dunia, kebanyakan anggota pertubuhan ini tetap patuh kepada prinsip menggalakkan perdagangan.

 

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Majlis Umum WTO David Walker mengiktiraf peranan penting pertubuhan dunia ini dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan kestabilan ekonomi global.

 

Beliau juga mengakui peraturan WTO perlu dibuat perubahan dan dikemas kini sesuai dengan persekitaran perdagangan yang senantiasa berubah. - ©BERNAMA

 


Attachments