Manage PermissionsManage Permissions

Visi APEC 2040, pemacu baharu pertumbuhan ekonomi

21/11/2020

BEIJING,21 Nov - Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)  ke-27 secara maya semalam, mengumumkan pencapaian "Matlamat Bogor" (Bogor Goals) dan meluluskan "Visi Putrajaya APEC 2040".

 

Naib Ketua Pengarah Jabatan Antarabangsa Kementerian Perdagangan China, Yang Zhengwei menyatakan, visi itu merangkumi komitmen menyokong mekanisme perdagangan multilateral jangka panjang, keazaman mendorong integrasi serantau dan keistimewaan ekonomi digital yang kini berkembang selain bakal menjadi pemacu baharu pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik.

 

"Matlamat Bogor" yang ditetapkan  pemimpin dalam Sidang Kemuncak APEC  di Bogor, Indonesia pada 1994, menuntut negara anggotanya merealisasikan kebebasan perdagangan serta pelaburan menjelang 2010 bagi negara maju dan menjelang 2020 untuk negara membangun.

 

Yang berkata, usaha meningkatkan kebebasan dan memudahkan pelaburan perdagangan rantau Asia Pasifik sejak 26 tahun lalu dilihat mencapai kemajuan meyakinkan, menyaksikan pelaburan perdagangan pesat berkembang dengan peningkatan lima kali ganda manakala pelaburan dua hala pula meningkat 12 kali ganda.

 

Tarif purata rantau ini telah berkurangan dari 13.9 peratus kepada 5.2 peratus.

 

Katanya, China penyumbang terbesar sepanjang pencapaian "Matlamat Bogor", terbukti dengan penurunan tarif puratanya sehingga 7.5 peratus berbanding 23.6 peratus sebelum ini,  perdagangan perkhidmatan yang semakin terbuka, akses kemasukan pelaburan asing lebih mudah, dan produk awam seperti ekspo import yang memacu perdagangan antarabangsa. - ©BERNAMA

 


Attachments