Manage PermissionsManage Permissions

Putin dijadual bertemu Aliyev, Pashinyan pada Isnin bincang isu Nagorno-Karabakh

11/01/2021

MOSCOW, 11 Jan. - Presiden Rusia Vladimir Putin akan mengadakan perbincangan tiga hala pada Isnin dengan pemimpin Azerbaijan Ilham Aliyev dan Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan di Moscow untuk tindakan susulan pelaksanaan perjanjian Nagorno-Karabakh, lapor Agensi Berita Sputnik.

 

Rundingan diusahakan Putin itu akan memfokuskan pada kemajuan dalam pelaksanaan kenyataan tiga hala 9 November mengenai Nagorno-Karabakh dan "langkah seterusnya untuk mengatasi masalah di wilayah itu," menurut Kremlin.

 

Kesemua pihak akan menumpukan bantuan kepada penduduk kawasan yang dilanda konflik, penarikan semula sekatan dan pembangunan hubungan perdagangan, ekonomi dan rangkaian pengangkutan, kata pejabat presiden Rusia. - ©BERNAMA



Attachments