Manage PermissionsManage Permissions

Presiden Portugal positif COVID-19

12/01/2021


MADRID, 12 Jan. - Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa disahkan dijangkiti COVID-19 walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala, lapor Agensi Berita Sputnik.

 

Beliau menjalani ujian saringan pada semalam dan hasilnya negatif tetapi hasil ujian PCR yang lain adalah positif, memetik laman web presiden.

 

Sehubungan itu semua acara yang dijadual membabitkan presiden dibatalkan.

 

Pilihan raya Presiden akan berlangsung pada 24 Januari dan Sousa, 72, berhasrat untuk mempertahankan jawatannya. - ©BERNAMA



Attachments