Manage PermissionsManage Permissions

Setiausaha Agung PBB suara hasrat sedia berkhidmat untuk penggal kedua

12/01/2021


WASHINGTON, 12 Jan. - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyuarakan hasratnya bersedia menyandang jawatan itu untuk penggal kedua, lapor Agensi Anadolu.

 

Perkara itu dimaklumkan jurucakap Setiausaha Agung itu, Stephane Dujarric ketika ditemui pemberita di ibu pejabat PBB di New York.

"Setiausaha Agung bersedia menyandang jawatan itu untuk penggal kedua jika itu kehendak negara anggota," kata Dujarric.

 

Guterres memulakan penggal lima tahun pertamanya pada 2017 yang akan tamat hujung tahun ini. - ©BERNAMA



Attachments