Manage PermissionsManage Permissions

Indonesia beri permit penggunaan kecemasan vaksin Sinovac

12/01/2021


JAKARTA,12 Jan. - Jabatan Petadbiran Penyeliaan Perubatan dan Makanan Indonesia mengumumkan akan memberi permit penggunaan vaksin COVID-19 Coronavac buatan Syarikat Sinovac China.


Dalam satu sidang media pada Isnin, ketua jabatan itu mendedahkan ujian klinikal peringkat ketiga vaksin tersebut yang dijalankan di Bandung sudah selesai.


Menurut jabatan berkenaan, keberkesanan vaksin tersebut didapati melebihi 50 peratus, iaitu jumlah piawaian ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Justeru, berdasarkan hasil ujian berkenaan dan ujian klinikal di Brazil serta Turki, pihaknya akan memberi permit penggunaan kecemasan kepada vaksin tersebut.


Terdahulu, Presiden Joko Widodo mengumumkan rakyat Indonesia akan disuntik vaksin COVID-19 bermula minggu ini.


Beliau berkata sekiranya prosedur vaksin diluluskan, kerajaan akan menyediakan vaksin kepada semua penduduk secara percuma.


Untuk rekod, pandemik COVID-19 masih menular di Indonesia mengakibatkan kes jangkitan baharu kekal tinggi dengan kes terkini dilaporkan sebanyak 8,692 dalam tempoh 24 jam lalu, menyaksikan jumlah kes keseluruhan mencatat 836,718 setakat ini. -- ©BERNAMA



Attachments