Manage PermissionsManage Permissions

8 termasuk seorang kanak-kanak maut dalam kebakaran di Urals, Rusia

12/01/2021


MOSCOW, 12 Jan. - Lapan orang termasuk seorang kanak-kanak maut dalam kebakaran di sebuah bangunan kediaman di Yekaterinburg, Urals di Rusia, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan wilayah kepada Sputnik.


Laporan awal menyatakan kejadian berlaku pada pagi Selasa (12 Januari), di Jalan Rassvetnaya. Tingkat dua sebuah apartmen terbakar dan 90 orang terpaksa dipindahkan.


Seramai 30 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian, kata jurucakap itu. -- ©BERNAMA



Attachments