Manage PermissionsManage Permissions

Youtube gantung saluran Presiden Trump sekurang-kurangnya seminggu

13/01/2021


WASHINGTON, 13 Jan. - YouTube menggantung saluran Presiden Donald Trump  sekurang-kurangnya seminggu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik CNN.


Perkhidmatan perkongsian video dalam talian AS itu memberitahu CNN Business bahawa video di saluran Trump baru-baru ini didakwa mencetuskan keganasan.


YouTube merancang mengkaji semula keputusan tersebut dalam seminggu. Terdahulu, Twitter dan Facebook menggantung akaun Trump secara kekal. -- ©BERNAMA



Attachments