Manage PermissionsManage Permissions

Banjir Sarawak pulih sepenuhnya, PPS terakhir ditutup

21/02/2021





KUCHING, 21 Feb. - Banjir yang kembali melanda Sarawak sejak Jumaat lepas berakhir hari ini dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Samarahan ditutup 10 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan PPS di Dewan Serbaguna Kampung Entingan dan Balai Raya Kampung Nangka ditutup dan kesemua 67 mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. Keadaan cuaca di sekitar daerah terjejas juga dilihat bertambah baik sejak semalam.

Beberapa tempat di bandar raya Kuching kembali dilanda banjir pada Jumaat lepas berikutan hujan berterusan, selepas kira-kira sebulan gelombang pertama banjir melanda Sarawak. - ©BERNAMA




Attachments