Manage PermissionsManage Permissions

Pangkalan data DNA, elak haiwan spesies Australia dijual di pasaran gelap

22/02/2021


CANBERRA, 22 Feb. - Hidupan liar Australia akan dijejaki menerusi DNA sebagai usaha untuk mencegah perdagangan haiwan eksotik, menurut laporan oleh Agensi Berita Xinhua.

 

Menteri Alam Sekitar Sussan Ley pada Isnin mengumumkan kerajaan menerima menyemak semula permit eksport untuk spesies haiwan itu.

 

Tinjauan oleh KPMG mendapati spesies yang diancam kepupusan seperti burung kakak tua Cockatoo Glossy Black dan Purple-Crowned Lorikeet telah dieksport untuk dijual di pasaran gelap.

 

KPMG mengesyorkan kerajaan menubuhkan pangkalan data DNA bagi setiap haiwan yang diimport dan dieksport dari Australia.

 

Perdagangan hidupan liar di pasaran gelap juga semakin meningkat sehingga ada haiwan yang dijual dengan harga puluhan ribu dolar.

 

Beratus-ratus burung kakak tua yang diancam kepupusan dieksport ke Persatuan Pemuliharaan Burung Kakak Tua (ACTP) yang berpangkalan di Berlin.

 

ACTP yang dikendalikan Martin Guth, seorang penipu yang kemudian menjual burung itu dengan harga ratusan ribu dolar.

 

Pangkalan data DNA akan dimulakan dengan spesies burung sebelum diperluaskan untuk semua jenis haiwan. - ©BERNAMA



Attachments